Sunday 5 June 2011

.: Langkah-langkah untuk membuat free blog(blogspot) :.

1. Mula - mula pergi ke laman blogspot. Klik di sini untuk terus ke laman blogsopt.
2. Klik pada butang oren Get Started.



3. Selepas itu, satu paparan yang memerlukan kita untuk mengisi maklumat peribadi akan dikeluarkan. Penuhkan semua maklumat yang dikehendaki kemudian tekan butang Continue.


4.  Setelah berjaya, paparan seterusnya akan meminta kita untuk mengisi maklumat mengenai blog yang akan dibuat nanti. Setelah selesai klik pada butang Continue.


5. Setelah berjaya langkah seterusnya adalah untuk memilih latar belakang blog kita nanti. Pilih salah satu latar belakang yang dirasakan sesuai untuk blog kita nanti. Langkah ini boleh diabaikan. Setelah selesai klik pada butang Continue.


6. Setelah selesai satu paparan yang tertulis Your blog has been created!. Ini menunjukkan anda telah berjaya membuat blog anda.


7. Blog yang telah siap dibuat.




3 comments:

Ku Rushidi said...

Jika ini blog cikgu yg pertama, syabas dan tahniah. Cikgu memang hebat. teruskan...

Sakinah Othman said...

Manual membina blog yang baik.Tahniah...

NORMAWATI (S 210318) said...

tahniah... cikgu berjaya membina blog yang menarik...

Post a Comment