Sunday, 5 June 2011

.: usaha tangga kejayaan :.

.: REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN PENCERITAAN DIGITAL DAN TEKNOLOGI REALITI TAMBAHAN MEMBANTU PELAJAR PEMULIHAN MEMBACA BAHASA MELAYU :.





Artikel ini menjelaskan tentang penggunaan elemen digital dan teknologi realiti tambahan (AR) dalam proses bercerita akan dapat menarik perhatian pelajar terutama pelajar pemulihan. Didapati, pelajar pemulihan adalah kurang daya fokus, hanya 1-2 minit sahaja dan tidak berminat untuk belajar. Dengan itu penggunaan kedua-dua teknologi ini berpotensi untuk membantu pelajar pemulihan Bahasa Melayu memberi tumpuan dan fokus semasa sesi mendengar, bercerita dan membaca diadakan. Ia juga merupakan satu teknik belajar yang kreatif, dengan ini, memberi keinginan pelajar untuk terus belajar.

.: Langkah-langkah untuk membuat free blog(blogspot) :.

1. Mula - mula pergi ke laman blogspot. Klik di sini untuk terus ke laman blogsopt.
2. Klik pada butang oren Get Started.



3. Selepas itu, satu paparan yang memerlukan kita untuk mengisi maklumat peribadi akan dikeluarkan. Penuhkan semua maklumat yang dikehendaki kemudian tekan butang Continue.


4.  Setelah berjaya, paparan seterusnya akan meminta kita untuk mengisi maklumat mengenai blog yang akan dibuat nanti. Setelah selesai klik pada butang Continue.


5. Setelah berjaya langkah seterusnya adalah untuk memilih latar belakang blog kita nanti. Pilih salah satu latar belakang yang dirasakan sesuai untuk blog kita nanti. Langkah ini boleh diabaikan. Setelah selesai klik pada butang Continue.


6. Setelah selesai satu paparan yang tertulis Your blog has been created!. Ini menunjukkan anda telah berjaya membuat blog anda.


7. Blog yang telah siap dibuat.




.: dunia baruKU :.

Blog..Blog..oh Blog..


Dengar orang bercerita dah lama tapi tak da minat pun nak buat sama..tapi bila dah kena buat tugasan ni..barulah mencuba..orang kata tak kenal maka tak cinta, bila dah mula buat barulah tau macam mana..memang susah pada mula tapi..InsyAllah lama-lama pandai la..Benda baru memanglah x serasi mana tapi nanti biasa la....Baru melangkah tak kan nak terus berlari kan? 


Selamat Melangkah ke Dunia Baru!